Tuesday 5 November 2013

Adab Menyambut Kelahiran Bayi Mengikut Islam

Sumber


KELAHIRAN BAYI

ASSALAMMUALAIKUM,
DI SINI SAYA INGIN BERKONGSI SEDIKIT pENGALAMAN SEMASA MENUNGGU
KELAHIRAN DAN SELEPAS KELAHIRAN BAYI ANAK SULUNG SAYA.
Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima kelahiran
anak patut diiringidengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.

Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut 
dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran 
bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran 
zuriat. 

 1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin. 

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu
yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada
isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah
serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah 
Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.
                                                  Surah A-Hasyr ayat 21-24
Firman Allah  dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan
kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan).

iBU Mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah
bersalin.IBU SENTIA SA MEMBACA"LA ILAHAILLA ANTA SUBHANAKAINNI KUNTU 
MINAZZOLIMIN"...Suami yang menunggu DISISI isteri hendaklah membantu si Isteri
dengan Membaca surah Yasin dan surah Mariam sementara menunggu 
kelahiran bayi...

Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :
1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh
lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar
daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).

2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan 
di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda,
 Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan
tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.
Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti
bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia,
seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi
menangis ketika baru lahir ke dunia.Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan 
diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan 
syaitan dan supaya kalimah 
pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang 
diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada
telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. 
Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w
juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih
dari Bukhari.  Ibu bapa jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan
sebagainya  di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis.
 Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.


4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak.
Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan
kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan
kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung
melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu
bapa tersebut.

5. Tanam uri dengan segera.
BISMILLAH DAN SELAWAT SEMASA MEMBASUH URI.
NAK BASUH MACAM TU SAJA PUN BOLEH.NAK BASUH DENGAN GARAM DAN ASAM
GELUGOR PUN BOLEH TAPI JANGAN KERANA KEPERCAYAAN YANG MENGARUT.
(ASAM GARAM KEHIDUPAN LAH KONONNYA)..TUJUANNYA SEBENARNYA UNTUK 
MENGELAKKAN URI BERBAU HANYIR DAN MENGELAKKAN URI ITU BERBAU BUSUK ,INI BAGI MENGELAKKAN BINATANG BUAS DARI DAPAT
 MENGHIDU DAN SETERUSNYA MENGOREK TEMPAT URI DITANAM(proses pereputan) DAN
MEMAKAN URI TERSEBUT KERANA DERIA  BAU BINATANG BUAS SEPERTI ANJING AMAT
SENSETIF .
Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras
dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang
. Selain itu DIINGATKAN  ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang 
menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. 
Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan 
membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. 
Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.
Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari 
ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya. 

7. Sunat melakukkan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir.
Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi.
Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai
lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak
berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang
yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya
kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa
ibu bapa untuk anaknya”.Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.


Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan 
dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya
anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya
dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah
Wal Jamaah.

  Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan. 

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan 
jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi 
tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran 

Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! 
Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku 
harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang 
dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan 
dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan 
peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena 
rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)". 

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang 
dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut 
perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun 
perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak 
tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh 
Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa 
untuk anaknya". 

8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan 
seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh 
kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran 
kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah 
disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda.
 Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh 
dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor 
kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting 
sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan 
kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan 
pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan 
untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut  tetapi 
lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah 
kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa 
mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya 
Hindu.

10.Mengkhatankan anak. 

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya.  
Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur 
sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi 
suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan 
majlis khatam Al-Quran untuknya. 

Antara faedah berkhatan adalah : 

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit. Membersihkan diri dari kekotoran. 


11. Menyusukan Anak. 

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. BERI ANAK 
SUSU IBU SEHINGGA BERUMUR 2 TAHUN.(UMUR 1TAHUN BOLEH DISELANG SELI 
DENGAN SUSU TIN)

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233: 

Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 
dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu". 

Imam As-Syafie berkata 

"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu 
atau tidak walaupun sekali susuan". 

Kelebihan menyusukan anak : 

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan. 

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka 
Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.


Berkhatan
berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong
sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu
ari-ari, menggunting misai,memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari
dan Muslim)Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat
hukumnya.b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain
mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan
kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah
ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa” Manakala waktu berkhatan pula, 
kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan 
bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan
bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka
apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama
dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Baginda
Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan
keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.(Riwayat Al-Baihaqi).

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama
kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu". Riwayat Abu Daud

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

 "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan
kepadanya,pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu
sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai
tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan
jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin
diwaktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat.
Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan
dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

BANYAK LAGI DOA-DOA DARI AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN...SEMOGA
KITA MENGIKUTI GARIS PANDUAN ISLAM DAN MENGHAPUSKAN
KEPERCAYAAN-KEPERCAYAAN KARUT  NENEK MOYANG DAN ADAT-ADAT
MENGARUT YANG MENYIMPANG DARI  AJARAN AGAMA ISLAM.

WALLAHUALAM...

No comments:

Post a Comment