Sumber
DOA AIR SELUSUH
Air Selusuh memang dikenali dikalangan masyarakat
wanita melayu apabila tiba saat-saat hampir untuk melahirkan anak. Air
yang didoakan itu boleh dibacakan sendiri oleh suami ataupun pengamal
pengubatan Islam yang dikenali. Dengan berkat bacaan doa serta ikhtiar
maka hanya kepada Allah jua agar para isteri yang akan melahirkan zuriat
agar dipermudahkan urusan kelahiran si anak kecil yang bakal menjadi
mujahid serta mujahidah pada masa akan datang.
Amalan
Air Selusuh atau Minyak Selusuh ini memang tiada riwayatnya didalam
al-Quran mahupun hadith. Setiap amalan yang bukan merupakan 'ibadat'
atau diluar skop ibadat hukumnya adalah MUBAH (Harus). Jika dilihat dari
segi content amalan tersebut seperti do'a agar kelahirannya mudah
dengan bacaan2 yang tidak menyanggahi syara'; seperti TIDAK melakukan
tawassul kepada Fatimah, 'Aisyah, Maryam dsb, HANYA memohon kepada Allah
swt semata-mata dengan Asma' wa Sifatnya, dan tidak mempunyai
kepercayaan2 tertentu, tidaklah ia menjadi satu kesalahan.
DOA YANG DIBACA1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Al-Hasyr : 21-24
4. Doa Selusuh
Terjemahan
: "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan
kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan
nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang
amat mengasihani dari segala-galanya".
"Tuhanku,
permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha
memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah,
sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".
BAHAN-BAHAN
1. Air (jika air zam-zam lagi baik)
BAHAN-BAHAN
1. Air (jika air zam-zam lagi baik)
KAEDAH PENGUBATAN
Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran si anak.
No comments:
Post a Comment