Tuesday, 8 January 2013

Cara Memasang Tile / Jubin / Mozek / Keramik

Sumber

Belajar cara memasang lantai cara yang saya pelajari pulak deh, hari tu saya dah sedikit sebanyak bercerita mengenai cara membancuh simen. Kali nie jom anime4nz sambung pasang tile, hingga lawa, cantik baru ader klasss gitu.

Sesapa yang nak cuba-cuba pasang sendiri dah boleh buat dah, tanpa perlu contractor atau upah orang.... Saya sendiri pun cam bancuh simen ari tu... bukan pandai pun... ikut pakat bedal ja... alih alih siap dah... cun.... walau tak sekemas yang diharapkan... sebab saya bukan pakar... lagi satu kos ciput sangat... saya hanya guna bahan murah.... jubin second hand (RM0.50 sekeping) hok reject.. kebiasaannya RM2 sekeping. tapi boleh tahan gak besarnya.... walau tak sama besar... corak banyak tak sama tetap ku buat agar nampak kelainan.... bukan aku buat sepenuh la... abang angkat aku yang sudahnya... aku just nolong aja. He he.

Hasilnya aku dapat mewujudkan design lantai yang dibayangkan... walaupun terpaksa memilih dan asingkan untuk dibuat perbandingan. Maklumlah bahan reject... setiap satu bundle berlainan warna, corak, bentuk, besar,. So tugas pertama cari pasangan. Cari jangan tak cari.

Peralatan Memasang Tile / Jubin / Mozek / Keramik

*Peralatan yang anime4nz sediakan:

1- Tiles Cutter - Alat yang digunakan untuk memotong tiles/mosaics, boleh dibeli dikedai hardware, atau kedai jual tiles. Ada saiz yang boleh potong 12 inci, 18 inci atau 24 inci. Nak murah beli yang Taiwan, nak yang baik beli yang made in Japan. Kalau nak pasang tiles yang bersaiz 24 inci (2 kaki) kena beli yang boleh potong 2 kaki punya tiles, tapi mahal sikit. Jepun punya dekat RM700. Kat pasar malam panjang sejengkal RM10 pun dah leh guna kalu korang pandai wooo.
*Budget murah – Pinjam ngan abang ipar (tukang rumah).

2) Penimbang Air / Spirit Levelling - gunanya untuk memastikan tiles yang dipasang adalah sama rata atau sedikit kecerunan bagi bilik air.
*Memang dah ada dalam simpanan.

3) Tukul Getah - untuk mengetuk bagi meratakan tiles yang akan dilekatkan dilantai atau dinding.
*Memang dah ada dalam simpanan.

4) Tali / benang - yang direntang untuk memastikan tiles yang dipasang adalah lurus.
*Beli tali nelon / tali main wau.

5) Playar – Stanby untuk upih tepi membentuk lengkuk seperti bucu atau seumpamanya.
*Memang dah ada dalam simpanan.

6) Sudip simen dan baldi - untuk bancuh simen.
*Memang dah ada dalam simpanan.

7)Simen / Cement hitam (yang diguna untuk buat rumah tu)
*Order 2 @ 3 beg / kapit / guni lagi.

8) Simen / Cement Tiles / grout (yg dah diwarnakan/ pigmented cement) - untuk disapu pada garisan antara tiles(ada pelbagai warna - berdasarkan warna tiles yang akan dipasang. (putih, hitam, merah @ hijau)
*Beli yang warna hijau.

9) Selipar Jepun terpakai / Baldi / Sponge / Air – untuk kekemasan
*Memang dah ada dalam simpanan.

10) Paku Simen satu atau dua inci – untuk penahan antara tiles agar ada ruang untuk sapu simen / cement tiles nanti
*Cari jer bertaburan atas tanah tu.

11) Tile / Jubin / Mozek / Keramik – Pemilihan kena betul. Contoh ; jubin kesat untuk bilik mandi manakala jubin licin dan berkilat untuk dinding. (kalau boleh beli yang mahal sikit dalam RM 1.50 ke atas sebab jubin murah selalunya tak sama tepat sudut tepi dia)
*Beli yang murah, reject shop – RM0.50 sekeping.


 
Cara Pemilihan Jubin

Korang nak pasang kat mana? Berapa kaki persegi? Besar mana jubin mahu pakai? Berapa kos anda? Kalo korang nak pasang sendiri ko kena mahir bab nie.. Boleh jadi tak comei nanti kalo x de experience. Tapi still kita puas hati hasil tangan sendiri. Nak pilih jubin g kedai die..Nanti ade la contoh buku n jubin 2 nti.. Tokey dia pasti tau dah banyak mana nak pakai.... mesti mau lebih sket... kut terpecah / tersalah potong ke.... Pastikan pilih jubin yang kesat untuk bilik mandi manakala dinding 2 amik yang licin..dan berkilat..antara lantai dan dinding pilih jubin yang warna hampir sama..tapi jgn yang sama..nti kurang cantik.. ini pendapat saya lah..terpulang lah..kalau rasa cantik boleh la..colour lak amik yang cerah jgn ambil yang suram..elakkan ambil jubin color putih walaupun cerah pade bilik mandi.. nanti nampak kotor serta kekuningan..

Semasa saya pilih jubin beli hok reject je.... (RM0.50 sekeping) 2 Bilik besar so abih la dalam RM200. Tengok atas tempat la... Pandai pandai la bodek ngan tokei tu ya. Lagipun letih milih hok sama beso, sama warna, sama padan. Pakat tibang... he he tapi jangan bahang rambang.


Cara Bancuhan Simen

Memula, persiapkan subfloor. Oh ya, kena la pastikan lantai tu sama rata ker tak! Lantai yang berjubin juga perlu dibuang aa... Dah nak pakai yang baru... Keja berat la sket. Coz kena guna pahat dan tukul, ketok ketok, Kasi dalam semula dan sama level.... Tengok juga ketinggian paras lantai tu... nanti takleh bukak tutup pintu pulak. Naya... he he
Setelah diukur ukur memang kena bancuh simen dahulu, untuk sama levelkan lantai.

Jom bancuh simen dahulu.

** Oh ya... Lupa nak bagitau... Untuk lantai kali ini.... Lebihkan pasir dari simen.... Jangan terlebih air pulak, coz.... saya da kena marah.... berdene... tak leh keja buat... kena tunggu beberapa jam sapa kering nanti..... hu hu.

Bila dah sama level baru la kita boleh masuk step baru ya.
Simen tile tak sama ngan lantai eh... Saya cuma bancuh dalam baldi simen saje.... Boleh wak sikit sikit... wak sebaris dua ... rehat esok pulak sambung.... he he..

Letak air separuh baldi. Sudip simen secukup rasa, sampai penuh melebihi air tadi. Kacau sikit.


Cara Pasang Jubin

Okay, kalau lantai, mula sekali susun satu-satu jubin dari dinding kanan ke kiri dan atas ke bawah menjadi satu barisan sebagai ukuran. Kalau boleh muat satu jubin, dari "hujung tepi" kanan dan kiri, atas dan bawah, tali diletakkan selepasnya (satu keping jubin itu) sampai dapat "panjang dan lebar" untuk ukuran. Kira satu tali melintang dari kiri ke kanan dan satu tali memanjang dari atas ke bawah. (sorry susah nak diterangkan) (tali tu mestilah di ikat pada paku dan pakukan ke lantai)

p/s : Pastikan juga satu jubin penuh dimulai dan berakhir di mana. X la nanti depan pintu atau tepi dinding ada lebihan yang banyak.

 

Cara Lekat Jubin:
Untuk melekat jubin ni, pertama sekali letak kat hujung tali yang bertemu tu, (sebelah kanan atau kiri) sebaris melintang dan sebaris memanjang.

1.Ambil simen yang sudah siap dibancuh (cara-cara bancuh simen, masukkan air dahulu,  kira-kira separuh baldi simen tu, pastu baru masuk simen. Kacau sehingga likat, pekat macam tanah liat lepas kena hujan) , letakkan pada lantai, tarik "perata simen bergerigi" untuk meratakan sambil menjadikan simen itu berombak.


2. Letakkan jubin atas simen berombak itu, Ketuk dengan bawah tukul (pemegang dia, kayu atau getah atau tukul getah tu, jangan gunakan kepala besi dia tu, pecah jubin-jubin tu nanti) untuk meratakan.

3. Ukur dengan penimbang air untuk tengok sama level /  kecerunan dia. Kemudian boleh lekatkan jubin yang seterusnya mengikut tali tadi.

4. Untuk perhatian, Cuci semua kotoran atas jubin dengan air , (kalau boleh pakai span) sebelum ia menjadi keras.


Kalau nak pasang kat dinding (bawah dinding bersambungan dengan lantai tu), memandangkan kat ruang tamu hanya perlukan (1 jubin boleh bahagi 3 @ 4 bahagian) Paku simen atau batang aluminium kena lekat kat dinding (penahan  antara jubin lantai dan jubin dinding paling bawah – biar kasi bukaan sekejab sebelum tutup dengan kemasan nanti). Dinding kena ketuk sedikit dengan tukul pada setiap tempat keping jubin yang hendak di lekatkan, (kalau tak jubin tak akan lekat) . Letak simen pada belakang jubin serata mungkin dan lekat pada dinding, didirikan atas paku simen / batang aluminium itu tadi. Buatlah begitu seterusnya.

 

Cara kekemasan jubin
 
Bile da siap satu column, lap / bersihkan kaki- kaki simen dan atas jubin simen2 lebihan / kotoran tu pakai sponge

Bile sume da siap, baru bancuh grout (bancuhannya cair sket) n fill ruang kosong/longkang between tiles tu pakai scrapper.. kalo nak cepat pakai wiper kereta, saya diajar guna selipar jepun buruk je.. bile nampak da kering sket, lap sekali lagi dengan sponge.
Lepas siap semua tu, jangan la ko lompat2 plak atas tu, Kalu perlu pijak pun, pijak pelan2 deh.. Jangan andaikan simen tu cepat kering sesangat.

Okay, itu jer asas. yang susah memasang jubin hanyalah nak mencantikkan dia dan 'sakit pinggang woooo'.

ok, chow.

Saturday, 5 January 2013


 Orang Jepun Kempiskan Perut Guna Straw? Lihat!!

Jika anda termasuk salah seorang yang sudah berputus asa dengan diet dan usaha untuk mengecilkan perut anda, mungkin anda perlu mencuba cara orang Jepun dalam usaha mengecilkan perut. Satu cara yang cukup unik sekaligus tidak memerlukan perbelanjaan yang besar,tanpa ubat atau vitamin mahal ,tanpa peralatan fitness yang canggih.

Hanya dengan straw @ penyedut minuman. Orang Jepun melatih otot perut supaya kencang dan hasilnya perut boleh mengecil.. Cuba kita lihat bagaimana mereka membuatnya...

siapkan dulu straw @ penyedut minuman
potong lebih kurang 5 cm

ratakan salah satu hujung straw

tutup separuh lubang straw dengan selotip

lihat bla sudah ditutup separuh

tarik nafas dalam-dalam dan penyedut selama 5 minit

lakukan selama 3 minit setiap hari

Beberapa orang yang melakukan selama 2 minggu hasilnya beza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.

Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik napas.

Dengan menggunakan sedotan yang ditutup separuh, efek penggunaan otot perut menjadi berlipat.


Wednesday, 12 December 2012

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa



Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:
 
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5),  Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi. 

Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;


1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineraluntuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku,  menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal
Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

Doa Jumak 1

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.


Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut; 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; 

“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;

Doa Jumak 1

Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.
 
Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.

Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.

Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.

Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.


Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri
1. Doa Bersetubuh
    

Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.

Doa Jumak 1
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

2. Doa ketika hampir keluar mani

Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.

Doa Jimak 2 

Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)


Wallahu’alam

Sunday, 9 December 2012

15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )



1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak , tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihatoleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 
Ustaz Khalid Haji Mohd Isa.

Petua Suburkan Tanaman

Berikut adalah petua untuk menyuburkan tanaman

  1. Air basuhan beras jangan terus dibuang. Sebaliknya digunakan untuk menjirus tanaman di rumah. Insya-Allah, tanaman akan lebih subur
  2. Air basuhan perut ikan juga boleh dijadikan sebagai baja untuk menyuburkan tanaman.
  3. Tabur sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga. Kemudian siram dan jaga seperti biasa. Serbuk kopi bertindak seperti baja.
  4. Petua orang-orang tua, tidak kira tanam pokok apa sekalipun, tanamlah pada waktu petang yang redup. Insya-Allah, pokok akan kekal hidup
  5. Hampas teh juga boleh menyegarkan tanaman anda. Taburkan sahaja di sekeliling tanaman anda.
  6. Garam kasar berupaya mengelakkan gangguan serangga dari menyerang tanaman anda. Hanya tabur pada di sekeliling pangkal pokok anda.